fbpx

P. Pinang tangguh istiadat, majlis rasmi ke Oktober depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Choo Kiang

GEORGE TOWN – Semua istiadat dan majlis-majlis rasmi sempena sambutan hari ulang tahun ke-74 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak telah ditangguhkan ke Oktober depan atau satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berkata, penangguhan itu susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-14 yang telah diumumkan pada 28 Jun lalu.

“Semua istiadat dan majlis-majlis rasmi sempena sambutan hari ulang tahun ke-74 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang telah ditangguhkan ke Oktober atau satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

“Bagaimanapun, tarikh 8 Julai depan telah ditetapkan dan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am sempena sambutan ulang tahun Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow memaklumkan bahawa DUN Pulau Pinang dibubarkan pada 28 Jun bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN yang akan dipertandingkan pada PRN yang dijangka berlangsung Ogos ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI