fbpx

MYTV pergiat kempen tawar program TV percuma kepada masyarakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil (tengah) melancarkan kempen ‘WHY PAY’ anjuran MYTV di PPR Kerinchi di Lembah Pantai, Kuala Lumpur baru-baru ini

PETALING JAYA – MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) kini dalam usaha mempergiatkan rangka program Jelajah MYTV bagi melancarkan kempen ‘WHY PAY’ ke seluruh negara.

Lokaliti Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di Lembah Pantai, Kuala Lumpur telah dipilih sebagai lapangan pertama bagi program jelajah berkenaan.

Ketua Pegawai Operasi MYTV, Azlina Mohd. Yusof berkata, kempen tersebut bertujuan memberikan pendedahan kepada masyarakat setempat tentang kaedah untuk mendapatkan siaran TV digital secara percuma.

“Matlamat utama MYTV adalah untuk menyediakan pelbagai pilihan program tempatan dan antarabangsa melibatkan saluran TV kerajaan dan swasta yang berkualiti tinggi (saluran TV dalam definisi tinggi) di bawah satu platform secara percuma, khusus untuk rakyat Malaysia.

“Kami amat berbangga menjadi antara penyumbang kepada kejayaan Agenda Kerajaan di dalam Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional yang membantu merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat.

“Bukan itu sahaja, mereka juga boleh menikmati siaran MYTV melalui aplikasi atas talian terbaharu iaitu MYTV Mana-Mana yang membolehkan siaran MYTV di tonton di mana-mana sahaja melalui platform mudah alih,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Tambahnya, pihaknya juga percaya bahawa perkhidmatan dan penstriman percuma ini akan memainkan peranan yang besar dalam membantu kerajaan di dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih kepada rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI