fbpx

Luahan: Mudahkan urusan pengundi, Malaysia perlu buat e-voting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASALAH beratur panjang untuk menunaikan tanggungjawab mengundi dapat diatasi sekiranya proses pengundian di buat secara e-voting. – GAMBAR HIASAN

Saudara Pengarang,

Sudah sampai masanya negara kita mengambil satu langkah proaktif dan inovatif dengan melakukan pembaharuan segera dalam sistem pilihan raya dengan melaksanakan proses mengundi secara elektronik atau secara dalam talian (e- voting).

Ia dapat meningkatkan penglibatan lebih ramai pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Dengan kewujudan pelbagai jenis teknologi moden pada masa kini, tidak menjadi satu halangan besar untuk negara melaksanakan proses mengundi secara e-voting.

Sesetengah jabatan kerajaan seperti Jabatan Imigresen juga telah mula melaksanakan proses membuat pasport secara online.
Berdasarkan perkembangan itu, tidak ada masalah besar sekiranya kita melaksanakan proses mengundi e-voting.

Kita tidak boleh lagi berterusan melaksanakan proses undi mengikut cara lama dengan bersusah payah pergi ke tempat mengundi, beratur panjang menunggu giliran untuk menunaikan tanggungjawab kepada negara.

Pada tahun lalu, kita telah mengadakan Pilihan Raya Umum kali ke-15 (PRU15).

Ketika itu, negara kita sedang hadapi musim hujan lebat dan berhadapan masalah banjir.

Terdapat beberapa tempat pengundian yang mana para pengundi mengharungi banjir.
Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh menjejaskan tumpuan pengundi serta membahayakan kesihatan dan keselamatan mereka.

Proses mengundi secara elektronik satu proses yang jarang didengari oleh kita semua telah dilaksanakan di beberapa negara lebih 20 tahun lalu.

Antaranya Australia, Belgium, Brazil, Estonia, Perancis, Jerman, India, Itali, Namibia, Belanda, Norway, Peru dan Switzerland.

Walaupun terdapat banyak perbahasan mengenai tahap keberkesanan proses mengundi secara e-voting, namun ia boleh membawa banyak faedah dan manfaat pada kita semua.

Ia antara lain mengurangkan jumlah kesilapan atau kerosakan yang berlaku pada kertas undi, selain dapat meningkatkan jumlah pengundi kerana ia boleh dilakukan di mana-mana lokasi.

Kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh melakukan kajian mendalam terhadap cadangan ini.

Dr. Muzaffar
Syah Mallow,
Universiti Sains Islam Malaysia,
Nilai, Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI