fbpx

Enam mesin pengimbas JKDM dibaiki hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad

MELAKA – Enam daripada tujuh mesin pengimbas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang tidak berfungsi sejak tahun lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mula dibaiki mulai hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kementeriannya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi kos baik pulih kesemua mesin pengimbas yang rosak.

“Kita telah ambil tindakan hari ini dan kerosakan itu telah dilaporkan sejak awal tahun ini. Enam dari tujuh mesin pengimbas JKDM mula dibaiki hari selepas mendapat teguran daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melawat KLIA.

“Ia akan mula dibaiki hari ini dan peruntukan RM1 juta juga telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kursus Integriti Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) dengan World Customs Organisation (WCO) dan Regional Office for Capacity Building (ROCB) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas teguran dibuat Perdana Menteri yang melahirkan rasa kecewa apabila lawatan mengejutnya ke KLIA mendapati hanya satu daripada tujuh mesin pengimbas kastam di Terminal 1 berfungsi.

Mengulas lanjut Ahmad Maslan berkata, perkara tersebut telahpun dilaporkan dalam mesyuarat pasca Kabinet dan kerja-kerja baik pulih kerosakan enam daripada tujuh mesin pengimbas itu dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung tahun ini.

Sementara itu Zazuli berkata, kawalan di KLIA tidak hanya bergantung kepada mesin pengimbas semata-mata kerana JKDM mempunyai beberapa cara dalam melindungi keselamatan di pintu masuk utama negara.

“Antara kaedah yang kita gunakan adalah pemerhatian pegawai di lapangan terhadap kehadiran penumpang yang baharu tiba dari mana-mana negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI