fbpx

Agong, Raja Permaisuri ucap takziah jemaah haji Malaysia meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan takziah Yang di-Pertuan Agong dan dan Raja Permaisuri Agong kepada keluarga jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga empat jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia semasa mengerjakan ibadah itu tahun ini.

Istana Negara dalam satu hantaran di media sosial memaklumkan, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mereka dan berharap seluruh keluarga jemaah haji terbabit sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu itu.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh-roh Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh.

“Empat jemaah haji tersebut ialah Mohd Zaini bin Md Esa 60, Radzi bin Taib 72, Bibi@Hasbi binti Bujang 74 dan Salinda Musni binti Salehan 56,” kata Istana Negara dalam hantaran berkenaan hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar memaklumkan, dua jemaah haji Malaysia yang koma meninggal dunia di hospital Arab Saudi Jumaat lalu.

Ia menjadikan empat jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah tahun ini, selepas dua jemaah wanita menghembuskan nafas terakhir masing-masing pada 4 dan 19 Jun lalu.

Antara punca kematian akibat jangkitan kuman pada paru-paru, serangan strok dan kegagalan jantung.

Jemaah haji Malaysia dilaporkan akan mula berangkat pulang ke tanah air pada 5 Julai dan penerbangan akhir dijangkakan pada 31 Julai melibatkan keseluruhan 98 penerbangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI