fbpx

Pelawat pengotor tak jaga kebersihan, rosakkan fasiliti hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keadaan tandas yang kotor dan rosak di sebuah hospital di Pantai Timur.

PETALING JAYA – Sikap segelintir pelawat di salah sebuah hospital di Pantai Timur yang tidak bertanggungjawab dan pengotor mengundang kemarahan orang ramai.

Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik Husni Cars Trader memaparkan, keadaan fasiliti hospital yang baru dibuka itu dalam keadaan kotor kerana dipenuhi tisu di bahagian sinki tandas dan sampah di merata tempat.

Bukan itu sahaja, terdapat juga fasiliti yang disediakan rosak teruk seperti penutup mangkuk tandas tercabut.

“Hospital baru buat, tetapi dirosak dan dikotorkan oleh pelawat.

“Mangkuk jamban pun kena lingkup. Manusia ke kera punya sikap ni?,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Tambahnya, dia kesal dengan sikap pelawat hospital berkenaan yang dianggap tidak prihatin dan berharap sikap itu diubah segera.

“Sikap yang perlu diubah oleh kebanyakan rakyat Kelantan. Janganlah ngenat (khianat) sangat. Macam kera masuk rumah dah, bukan manusia,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata orang ramai turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap pengotor dan tidak bertanggungjawab mereka.

“Aloh baru sangat lagi ni. Hancur dah jamban. Kalu kunci jambey tu ngepek pulok (kalau kunci jamban bising pula). Berat lah perangai,” kata Jaih Zaraki.

“Aduh, kita antara orang yang terlibat projek ini. Sayelah demo buat perangai gini (Sayanglah kamu semua buat perangai macam ini),” ujar Raiders.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih daripada 11,000 tontonan dan 381 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI