fbpx

Liverpool berjaya aktifkan klausa £60j bintang Hungary

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL gigih mendapatkan Szoboszlai apabila sanggup mengaktifkan klausanya bernilai £60 juta sebelum tamat tempoh tengah malam kelmarin.

LIVERPOOL – Liverpool hanya menanti masa untuk mengumumkan Dominik Szoboszlai dari RB Leipzig sebagai bintang baharu pasukan itu selepas mengaktifkan klausa perpindahannya.

Difahamkan, wakil The Reds telah memaklumkan kepada pengurusan Leipzig bahawa mereka mahu menebus pemain tengah menyerang itu bernilai £60 juta (RM355.85 juta) sebelum klausa perpindahannya tamat lewat malam kelmarin.

Pakar perpindahan Eropah, Fabrizio Romano mengesahkan perkara itu selain mendedahkan, Szoboszlai, 22, juga sudah bersetuju dengan terma-terma kontrak yang ditawarkan oleh Liverpool.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp merasakan Szoboszlai mampu menghadirkan impak segera buat pasukannya dan cepat menyesuaikan diri dengan intensiti tinggi pada Liga Perdana Inggeris (EPL).

Walaupun tidak pernah beraksi di EPL tetapi ia berdasarkan konsistensi pemain antarabangsa Hungary itu selama dua musimnya bersama Leipzig selepas berhijrah dari Red Bull Salzburg pada Disember 2020.

Difahamkan, Szoboszlai bakal menerima kenaikan gaji baharu berbanding jumlah diterimanya ketika bersama Leipzig iaitu £80,000 (RM474,460) seminggu.

Situasi itu membuatkan satu lagi kelab EPL, Newcastle United ‘berputih mata’ kerana turut mendambakan khidmat Szoboszlai untuk menghadapi saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Sebagai rekod, Liverpool mempunyai hubungan baik dengan Leipzig kerana pernah mela­kukan dua urusan perpindahan bersama kelab Jerman itu iaitu membeli Naby Keita dan Ibrahima Konate sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI