fbpx

Wanita bertudung dikecam minum arak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang wanita bertudung minum minuman dikatakan alkohol sewaktu 'live' di TikTok.

PETALING JAYA – Seorang wanita bertudung dikecam apabila didakwa minum air beralkohol secara secara ‘live’ menerusi media sosial TikTok.

Tangkap layar siaran langsung wanita tersebut sempat dirakam oleh pengguna serta tular menerusi media sosial, sekali gus mengundang pelbagai kecaman daripada orang ramai.

Dalam video tersebut, wanita itu memberitahu sedang mengalami tekanan mental serta mengetahui minuman yang diminumnya haram selepas ditegur orang ramai.

“Ya haram akak tahu dik, akak tahu. Terima kasih untuk nasihat ini ya. Saya tengah ‘down’ gila, dah macam mental ‘breakdown’,” katanya menerusi video yang tular tersebut.

Dalam pada itu, pengguna media sosial memberitahu, minuman tersebut tidak memabukkan berikutan kandungan alkohol yang rendah, namun tetap haram di sisi Islam memandangkan ia arak.

“Parah betul umat zaman sekarang, buat maksiat pun nak beritahu dan tunjuk kat semua orang,” komen seorang pengguna Twitter.

“0.3 peratus alkohol saja, tapi tetap tak halal ya. Nampak saja tin comel-comel begini, jangan ingat anggur pula,” ujar pengguna yang lain.

“Tahu benda haram, lagi pergi minum. Mengikut hawa nafsu daripada akal fikiran. Siap videokan dan tunjuk orang ramai, kononnya berbangga dengan apa dilakukan,” marah seorang lagi orang awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI