fbpx

EAIC tidak lagi terima aduan tentang PDRM mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) tidak lagi akan menerima aduan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau pegawai pasukan itu bermula esok.

Menurut Suruhanjaya berkenaan, PDRM tertakluk kepada Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022 [Akta 839] (IPCC) yang akan berkuat kuasa esok, sekali gus tidak lagi disenarai di bawah Jadual Akta EAIC 2009 [Akta 700] sebagai salah satu agensi penguatkuasaan seliaan EAIC.

“EAIC akan menyelesaikan semua aduan dan siasatan yang diterima sebelum 1 Julai 2023 dalam tempoh setahun sehingga 1 Julai 2024 selaras dengan seksyen 47 Akta 839,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, sebarang pertanyaan atau aduan oleh orang ramai terhadap PDRM mulai 1 Julai 2023 boleh disalurkan dengan menghubungi Bahagian Keselamatan, Kementerian Dalam Negeri di talian 03-8886 8526 atau 03-8886 8529.

EAIC berkata, pihaknya terus komited dengan visi sebagai peneraju dalam penguatkuasaan, transformasi dan pembudayaan integriti berteraskan profesionalisme dan amalan terbaik.

Orang ramai boleh layari www.eaic.gov.my untuk sebarang maklumat atau info lanjut berkaitan EAIC. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI