fbpx

Sultan Mizan tunai solat Aidiladha bersama 2,000 jemaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Mizan (tiga dari kanan) menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menunaikan solat sunat Aidiladha bersama 2,000 jemaah di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, di sini hari ini.

Keberangkatan baginda disambut Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Turut berangkat dua anakanda baginda iaitu Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Datuk Seri Muhammad Mua’az.

Solat Sunat Aidiladha itu telah diimamkan Mufti Terengganu, Datuk Dr. Mohamad Sabri Haron sebelum beliau menyampaikan khutbah ‘Hakikat Hamba Dalam Ibadah Korban’.

Sultan Mizan sempat meluangkan masa bersalaman dengan jemaah sebelum menziarahi makam diraja yang terletak bersebelahan masjid berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI