fbpx

Taktik berhenti sebelum sekatan jalan raya tidak berjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penunggang motosikal gagal dalam cubaan untuk mengelak dari ditahan dalam sekatan jalan raya.

SEREMBAN – Cubaan seorang penunggang motosikal berhenti 100 meter sebelum sekatan jalan raya untuk mengelak dari diambil tindakan gagal.

Taktik penunggang motosikal berusia 36 tahun itu berjaya dikesan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Operas Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2023 yang dijalankan di lorong motosikal dekat Plaza Tol Ainsdale, di sini, semalam.

Lelaki berkenaan yang tidak mempunyai lesen memandu dikatakan sudah berada di kawasan itu kira-kira 10 minit di lokasinya berhenti.

Tinjauan Kosmo! di lokasi mendapati beberapa penunggang motosikal yang cuba melarikan diri termasuk melawan arus.

Menurut Timbalan Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Sairin Dula @ Sabdullah, JPJ mengesan terdapat segelintir penunggang motosikal yang mengelak daripada melalui sekatan jalan raya dengan melarikan diri dan berhenti sebelum sekatan.

“Tindakan mereka ini boleh membahayakan nyawa sendiri hanya kerana tidak mahu dikenakan saman dan kebanyakan daripada ini mengelak kerana melakukan kesalahan tiada lesen memandu atau cukai jalan tamat tempoh.

“Tindakan mereka ini juga boleh membahayakan petugas atau penguatkuasa yang berada di lokasi kejadian yang mana tindakan agresif mereka boleh menyebabkan kemalangan. Mereka boleh diambil tindakan menerusi peruntukan undang-undang yang ada,” katanya.

Tambahnya, operasi yang dijalankan di empat lokasi JPJ Negeri Sembilan telah melakukan pemeriksaan terhadap 1985 kenderaan dan mengesan 533 saman dengan kesalahan tiada lesen memandu mencatatkan jumlah notis paling tinggi iaitu sebanyak 151 diikuti cukai jalan tamat tempoh (122). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI