fbpx

PRN: DUN Negeri Sembilan bubar 1 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN menunjukkan Watikan Pembubaran DUN yang ke-14 Negeri Sembilan pada sidang akhbar di Wisma Negeri hari ini. Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

SEREMBAN – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini memperkenan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dibubarkan pada 1 Julai ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.

Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, beliau telah diterima menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap pada pukul 10 pagi tadi bagi memohon perkenan baginda membubarkan DUN.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah taala kerana pagi ini saya telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz bagi mendapat perkenan tarikh pembubaran DUN Negeri Sembilan yang ke-14 .

“Tuanku Muhriz telah berkenan tarikh pembubaran DUN Negeri Sembilan pada 1 Julai 2023 iaitu selaras dgn kuasa diperuntukkan di bawah Ceraian 2 Fasal 56 Bahagian Yang Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Negeri di sini hari ini.

Menurut Amnuddin, bermula dari tarikh itu pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan akan berfungsi sebagai interim atau ‘caretaker’ di mana segala fungsi kerajaan negeri akan terus beroperasi seperti biasa bagi memastikan sistem perkhidmatan kerajaan kekal efisien.

Pada sidang akhabr itu, Aminuddin turut mengambil kesempatan merakamkan ucapan penghargaan kepada barisan pentadbiran negeri atas kerjasama yang diberikan sepanjang beliau menjawat jawatan Menteri Besar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI