fbpx

Agong, Raja Permaisuri berwukuf di Arafah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Agong dan Raja Permaisuri berangkat untuk berwukuf di Arafah dan seterusnya bermabit di Muzdalifah semalam.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berangkat untuk berwukuf di Arafah dan seterusnya bermabit di Muzdalifah semalam.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, turut berangkat sama adalah Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan anakanda Seri Paduka Baginda yang lain.

“Seri Paduka Baginda berdua akan seterusnya menyempurnakan Tawaf dan Saie Haji di Masjidil Haram pada hari ini bersamaan 10 Zulhijjah 1444H.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana telah dikurniakan keafiatan untuk berwukuf di Arafah dan bermabit di Muzdalifah sebagai persiapan peringkat akhir haji,” kata kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu, Istana Negara memaklumkan, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Menurut Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua berdoa agar segala pengorbanan rakyat Malaysia dalam menjaga keharmonian serta kesejahteraan negara diberi ganjaran setimpal oleh Allah S.W.T.

Tambah Istana Negara, Seri Paduka Baginda turut berdoa semoga jemaah haji Malaysia memperolehi haji yang mabrur dan selamat pulang ke tanah air.

“Seri Paduka Baginda berdua dijadualkan berangkat pulang ke tanah air pada 2 Julai 2023,” kata Istana Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI