fbpx

3 anggota penguat kuasa jabatan kerajaan ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tiga anggota penguat kuasa sebuah jabatan kerajaan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM800 daripada seorang pemandu lori.

Menurut sumber, pemandu lori berkenaan mendakwa ketiga-tiga suspek lelaki yang menaiki sebuah kenderaan jabatan telah meminta wang rasuah.

Ia sebagai balasan untuk melepaskan pemandu lori tersebut daripada disaman atas kesalahan tidak memiliki lesen membawa barangan kira-kira jam 8.30 malam, semalam.

Ujarnya, ketiga-tiga suspek berusia antara 35 hingga 41 tahun itu dipercayai ditahan oleh pegawai SPRM di sebuah hentian bas di Kuala Lumpur kira-kira jam 11.30 malam, semalam.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan akan menjalankan siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI