fbpx

Polis Eropah berkas 6,500 suspek selepas tutup EncroChat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan ibu pejabat Europol di The Hague, Belanda. – AFP

PARIS, Perancis – Lebih 6,500 orang ditangkap susulan pembongkaran EncroChat iaitu perkakasan komunikasi berkod yang digunakan oleh jenayah terancang, kata Polis Eropah (Europol) hari ini.

Hampir 200 tangkapan yang dibuat merupakan ‘sasaran bernilai tinggi’, kata Europol sambil menambah, dana penjenayah berjumlah hampir Є900 juta (RM4.59 bilion) telah sama ada dirampas atau dibekukan.

Polis Perancis dan Belanda mengumumkan pada Julai 2020 bahawa mereka menutup rangkaian telefon berkod itu yang digunakan oleh kumpulan-kumpulan penjenayah di serata Eropah untuk tujuan cubaan membunuh dan perdagangan dadah.

Langkah itu membolehkan polis membaca berjuta-juta mesej oleh suspek penjenayah, kata Europol hari ini dalam ulasan pertama berhubung operasi terhadap pelanggan EncroChat.

Sejak 2020, polis telah berjaya memintas, berkongsi dan menganalisis 115 juta perbualan penjenayah dengan anggaran lebih 60,000 pengguna, demikian menurut laporan tersebut.

Europol berkata, secara keseluruhan, seramai 6,558 suspek telah ditangkap yang membawa kepada hukuman penjara selama 7,134 tahun kepada sebilangan penjenayah.

Polis turut merampas 30.5 juta pil dadah kimia, 103.5 tan kokain, 163.4 tan ganja dan 3.3 tan heroin. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI