fbpx

DUN Pulau Pinang bubar esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow ketika hadir di Seri Mutiara hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Chow Kon Yeow telah bertemu dengan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pagi ini bagi mendapatkan persetujuan bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Kenderaan yang dinaiki Kon Yeow kelihatan memasuki kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri, Seri Mutiara di sini kira-kira pukul 7.53 pagi tadi sebelum meninggalkan Seri Mutiara kira-kira pukul 8.33 pagi.

Turut memasuki kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Sayuthi Bakar.

Kon Yeow berkata, beliau telah mendapat persetujuan daripada Ahmad Fuzi untuk membubarkan DUN Pulau Pinang berkuatkuasa pada 28 Jun ini.

”Pada pagi ini saya telah mendapat persetujuan Yang Dipertua Negeri untuk menandatangani proklamasi untuk DUN dibubarkan bagi membuka jalan untuk PRN negeri, ia akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas semua negeri membubarkan DUN masing-masing.

”Saya rasa lega selepas semua ini berakhir dan kita boleh membuat persediaan bagi mengadakan PRN,” katanya selepas menemui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, di sini hari ini.

Menurut Kon Yeow beliau akan mengadakan satu sidang akhbar mengenai pembubaran DUN Pulau Pinang kira-kira 2.30 petang di Komtar hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI