fbpx

Tauke kopi, dua pekerja halang anggota penguat kuasa periksa kebersihan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pengusaha minuman kopi dan pekerjanya didakwa cuba menghalang anggota penguat kuasa memeriksa premisnya di Chukai, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Seorang pengusaha minuman kopi terkenal daerah ini bersama dua pekerja ditahan bagi membantu siasatan dakwaan menghalang anggota penguatkuasaan melakukan pemeriksaan kebersihan di premis mereka semalam.

Mereka yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 60 tahun ditahan pada 10 malam kira-kira lima jam selepas kekecohan itu berakhir.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitendan Hanyan Ramlan berkata, sebelum itu, sekumpulan anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Daerah Kemaman dan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah menyerbu premis pemprosesan minuman kopi itu di Chukai di sini pada pukul 5 petang.

“Serbuan tersebut dilakukan selepas kedua-dua agensi penguat kuasa mendapat aduan awam tentang tahap kebersihan premis tersebut. Begitupun kekecohan didakwa berlaku selepas pemilik premis dan dua pekerja dikatakan enggan memberi kerjasama,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, ketiga-tiga individu yang ditahan itu dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan penguatkuasaan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 akta sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI