fbpx

Seramai 31,140 belia bankrap sejak 2014

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 31,140 belia berusia 35 tahun ke bawah diisytiharkan bankrap sejak tahun 2014 hingga Mei lalu 2023.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata, jumlah itu berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI).

Sehubungan itu, katanya, kerajaan melaksanakan beberapa inisiatif termasuk pelepasan kebankrapan dengan jumlah hutang berskala kecil di bawah RM50,000 yang memenuhi syarat bermula 1 Mac lalu.

“MDI juga meminda seksyen 5(1)(a) Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) melalui Akta Insolvensi (Pindaan) 2020 (Akta A1624) yang diwartakan pada 22 Oktober 2020 dan berkuatkuasa sejak 1 September 2021.

“Pindaan bertujuan menetapkan nilai had minimum keberhutangan kepada RM100,000 yang secara tidak langsung membantu menurunkan peratusan bankrap didaftarkan dengan MDI termasuklah golongan belia.

“Kerajaan turut memperkenalkan peruntukan berkenaan pelepasan automatik pada 2017 membolehkan dilepaskan daripada kebankrapan dalam tempoh yang singkat iaitu tiga tahun daripada tarikh pemfailan Penyataan Hal Ehwal (PHE) dengan MDI,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini semalam.

Beliau menjawab soalan Senator Mohd.Hasbie Muda mengenai jumlah belia yang muflis serta usaha kerajaan bagi membendung isu tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI