fbpx

Kerajaan pertimbangkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah untuk lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan agar Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) diperluaskan kepada golongan lelaki yang menjadi suri rumah.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata, kerajaan bagaimanapun buat masa ini hanya menetapkan takrifan suri rumah adalah golongan wanita sahaja.

“Kita sudah bentang (SKSSR) dan sudah diluluskan. Buat masa ini takrifan yang dibuat oleh kerajaan dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan dipersetujui Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara suri rumah adalah wanita sahaja.

“Kalau ada keperluan mengambil kira kaum lelaki (dalam takrifan SKSSR), saya fikir kita boleh fikirkan cadangan itu di kemudian hari.

“Tetapi secara kolektif kerajaan telah bersetuju untuk pelaksanaan Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 (Akta 838) hanya meliputi wanita sahaja sebagai permulaan,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Dominic Lau Hoe Chai sama ada takrifan suri rumah dalam Perkeso akan diperluaskan kepada kategori “househusband” iaitu lelaki yang menguruskan rumah tangga termasuk duda dan bapa tunggal. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI