fbpx

Pengakap Malaysia hantar pasukan khas ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua set pam air berkuasa tinggi diserahkan kepada PPM pada mesyuarat bersama DrHERT di Rumah B-P, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) akan menghantar pasukan khas seramai lima wakil ke Bengkel Tindakan Kemanusiaan Rantau Asia-Pasifik (APR) atau ‘Humanitarian Action Workshop’ di Kem Pengakap Vajiravudh, Si Racha, Thailand pada 19 hingga 22 October ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Yang Menjalankan Tugas-tugas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Nasaruddin Shamsuddin berkata, antara objektif bengkel selama tiga hari tersebut berhubung tindakan kemanusiaan dalam organisasi pengakap kebangsaan (NSO).

“Bengkel tersebut juga bermatlamat untuk mengguna pakai sebahagian atau keseluruhan amalan terbaik NSO yang telah melakukan tindakan kemanusiaan yang berkesan semasa respons bencana.

“Ia juga bagi memahami pendekatan yang berbeza dalam membantu orang yang berbeza terhadap pelbagai peringkat masyarakat, bermula daripada yang paling terdedah atau berisiko,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nasaruddin berkata, bengkel itu akan mengguna pakai garis panduan atau kerangka kerja Tindakan Kemanusiaan Kebangsaan berdasarkan kerangka kerja pengurangan bencana setempat dan garis panduan Tindakan Kemanusiaan Pertubuhan Pergerakan Pengakap Dunia (WOSM).

Sementara itu, PPM dalam kenyataan sama memaklumkan menerima dua set pam air berkuasa tinggi ketika mesyuarat Disaster Risk, Humantarian and Emergency Response Team (DrHERT) PPM di Rumah B-P, Kuala Lumpur.

Pam air tersebut merupakan sumbangan Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara, Datuk Ahmad Shazilly Ismail Bakti dan Pesuruhjaya Kebangsaan (Programme- Global Initiative) Dr. Kalaimani Supramaniam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI