fbpx

Biawak air, katak jadi ‘peneman’ gadis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Aqilah tidak kekok bermain dengan biawak air peliharaannya ketika ditemui di rumahnya di Kulim semalam.

KULIM – Seorang gadis berusia 24 tahun dari daerah ini menjadikan haiwan liar seperti biawak air untuk dipelihara sejak setahun lalu.

Nur Aqilah Suhadaa Doumin, 24, berkata, bagi sesetengah orang, mereka mungkin berasa geli untuk menyentuh haiwan itu yang dibelanya sejak ia berusia tiga bulan.

Menurutnya, haiwan kesaya­ngan yang nama saintifiknya Varanus salvator itu diberi nama Intan Sofea.

“Biawak ini bukan binatang eksotik dari luar negara, sebaliknya boleh ditemui di tepi jalan atau hutan di negara ini.

“Haiwan ini memang buas, jadi saya perlu kaji dan selidik terlebih dahulu cara penjagaan serta pemakanannya supaya tidak tersilap langkah,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Nur Aqilah turut memelihara katak.

Menurut pekerja sektor ­industri itu, haiwan tersebut boleh menjadi jinak jika kerap bermain dan manja dengan penjaganya.

Cerita gadis itu, dia mula berminat untuk membela biawak air selepas melihat kelakuan haiwan itu di rumah sepupunya yang mempunyai minat yang sama membela haiwan eksotik

“Sekiranya kita dapat jaga dengan rapi, haiwan liar seperti biawak juga mampu bertukar menjadi jinak,” katanya yang memiliki lesen khas membela haiwan itu.

Jelasnya, Intan Sofea sangat manja dan haiwan itu akan di­tinggalkan di rumah sepupunya jika dia keluar bekerja.

“Kalau hendak mengangkat biawak, kena pastikan kaki hadapan dan belakang ada tempat untuk berpaut. Saya akan memastikan kukunya dipotong kerana ia akan cengkam kulit untuk panjat badan kita,” katanya.

Tambahnya, haiwan itu diberi makan cengkerik dan apabila semakin membesar, dia akan memberinya memakan ayam.

Selain biawak, Nur Aqilah turut memelihara cicak gecko, ular dan katak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI