fbpx

PRN: Amanah jangka tanding 8 kerusi DUN Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD Sabu (belakang sekali, tiga dari kiri) bergambar bersama beberapa kanak-kanak daripada sebuah rumah kebajikan di 89 Arena, Klang, Selangor, hari ini.- Foto MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KLANG- Parti Amanah Negara (Amanah) akan bertanding di semua kerusi dimenangi mereka di Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Berdasarkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi Amanah, iaitu Taman Templer, Hulu Kelang, Pandah Indah, Sungai Ramal, Seri Serdang, Morib, Meru dan Sabak.

Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu yang mengesahkan mengenainya turut berharap partinya dapat bertanding lebih banyak kerusi di negeri itu.

“Saya tidak pasti berapa kerusi tambahan yang akan kita (Amanah) dapat, hal ini akan ditentukan oleh kepimpinan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) kelak.

“Tapi saya harap Amanah akan dapat tambahan kerusi lagi,” katanya selepas pada majlis sambutan ulang tahun ke-11 89 Arena Sdn. Bhd. di Jalan Sungai Jati, di sini, hari ini.

Ketika mengulas mengenai bekalan makanan menjelang Aidiladha kelak, Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan memberi jaminan bahawa bekalan ayam dan daging mencukupi semasa perayaan itu.

“Sekiranya ada kenaikan harga bahan makanan tertentu, FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) dan persatuan peladang akan masuk campur supaya harga bahan ini dapat dikawal.

“Hal ini kita pernah buat ketika Ramadan baru-baru ini apabila kita berjaya kawal harga daging daripada naik,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI