fbpx

Ambo anggap Riska seperti anak sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ambo kebiasaannya akan memberi Riska makan tiga ekor ayam. - Instagram

JAKARTA – Seorang nelayan di Indonesia berkawan dengan seekor buaya air masin sepanjang 4 meter selama lebih 20 tahun dan menganggap reptilia itu sebahagian daripada masyarakat tempatan, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Ambo, 59, dari Kota Bontang, Kalimantan Timur mendapat perhatian di negaranya kerana persahabatan luar biasa dengan seekor buaya gergasi bernama Riska.

Riska sudah menjadi sebahagian daripada hidup Ambo selama 26 tahun sejak ia pertama kali dilihat di perairan Pupuk Kaltim. Buaya itu hanya bersaiz kira-kira 1 meter ketika itu.

Ambo tidak mengendahkan kehadiran Riska apabila ia lalu di bawah botnya, namun apabila buaya itu mengikutinya pulang, dia memberinya makanan dan persahabatan itu bermula.

“Jika saya tidak melihatnya selama dua atau tiga hari, saya akan mencarinya. Saya layan ia seperti anak sendiri,” kata Ambo.

Riska sering terapung berhampiran bot Ambo dan tidak akan pergi sehingga nelayan itu mengusap belakang badannya.

Ia selalu melawat rumah Ambo apabila lapar dan lelaki itu gembira untuk berkongsi makanan.

Apabila Ambo tiada di kampung selama dua tahun kerana bekerja di Samarinda, dia meminta nelayan tempatan untuk menjaga Riska. 

Mereka akan memberinya makan lebih tangkapan dan sejak itu Riska menjadi sebahagian daripada penduduk tempatan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI