fbpx

Air mata Zul Ariffin berjurai, ramai pula sebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI Zul menitiskan air mata dalam beberapa babak drama Perempuan Itu menuai pujian ramai.

NAMPAKNYA, demam drama Perempuan Itu belum berakhir dalam media sosial.

Selepas Mimi Lana dan Siti Hariesa meraih pujian, kali ini giliran lakonan hebat Zul Ariffin pula mendapat perhatian ramai.

Semuanya gara-gara babak air mata yang dijayakannya sehingga berjaya membuat penonton turut menangis dan sebak.

Ðifahamkan, babak air mata tersebut ketika saat-saat terakhir lakonannya sebagai Emir menghabiskan sisa masa bersama Khalish (Mimi) sebelum tamat edah.

Kata netizen, lakonan Zul dalam drama Perempuan Itu benar-benar meninggalkan impak emosi kepada penonton berbanding naskhah lakonannya yang lain.

“Tak pernah menangis tonton lakonan Zul tetapi kali ini rasa dia lain macam betul. Sebak,” puji netizen.

“Alahai kasihan pula dengan watak Emir. Siapa suruh duakan isteri!” komen seorang pengguna TikTok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI