fbpx

Speedy Tigers perlu elak tragedi dibolosi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD hoki negara mendengar arahan daripada Arul ketika menentang Korea Selatan pada aksi pertama siri jelajah negara di Incheon, Korea kelmarin. – MHC

SKUAD hoki lelaki negara sebenarnya mampu mengorak langkah lebih jauh dalam mana-mana kejohanan jika dapat memastikan gawang tidak dibolosi dalam tempoh singkat.

Situasi itu sering berlaku kepada Speedy Tigers dan terbaharu melepaskan dua gol dalam tempoh tujuh minit ketika seri 2-2 dengan Korea Selatan pada aksi pertama siri jelajah negara itu di Incheon kelmarin.

Justeru, barisan kejurulatihan perlu memastikan para pemain dapat mengekalkan fokus mereka sepenuhnya agar tidak melepaskan gol dalam tempoh singkat dalam baki tiga perlawanan menentang lawan di ranking kesembilan dunia itu.

Selepas jelajah Korea Selatan, skuad negara masih mempu­nyai satu kejohanan untuk me­nguji fokus para pemain iaitu Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Chennai, India dari 3 hingga 12 Ogos depan.

Jika Speedy Tigers dapat mengatasi ‘masalah’ itu, peluang mereka dilihat amat cerah untuk meraih pingat emas Sukan Asia Hangzhou, China pada September depan, sekali gus layak automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Ketua jurulatih skuad negara, A. Arul Selvaraj menjelaskan, beliau gembira dengan prestasi ditunjukkan anak-anak buahnya ketika menentang Korea Selatan di Pusat Latihan Nasional Jincheon kelmarin.

Kini, beliau sedang menganalisis persembahan individu pemain berdasarkan aksi itu biarpun turun dengan struktur permainan baharu agar segala kelemahan dapat ditingkatkan segera.

“Pemain dapat kawal situasi dalam padang dengan bagus. Saya boleh nampak kematangan dan keyakinan pemain terutamanya dari segi membina permainan dan menekan pasukan lawan.

“Banyak peluang dihasilkan untuk menjaringkan gol selain mengurangkan kesilapan-kesilapan dalam padang. Kita akan menilai semula aksi ini untuk aksi kedua menentang Korea Selatan hari ini,” katanya.

Selain mengelak daripada dibolosi dalam tempoh singkat, Speedy Tigers juga perlu merakam kemenangan bagi membuktikan kelayakan mereka disenaraikan berada dalam program Road To Gold (RTG).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI