fbpx

Penempatan 1,825 pegawai perubatan tamat latihan siswazah tangani isu kekurangan petugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan (KKM) akan menempatkan seramai 1,825 pegawai perubatan yang sudah menamatkan latihan siswazah ke fasiliti kesihatan terjejas ekoran penyerapan pegawai kontrak ke lantikan tetap.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, jumlah itu melibatkan seramai 675 pegawai perubatan yang akan diagihkan mulai bulan depan diikuti dengan 1,150 pegawai pada Ogos 2023.

Katanya, urusan seterusnya akan dilaksanakan sebaik sahaja pegawai menamatkan latihan atau khidmat wajib.

“Pelaksanaan pengambilan tetap itu menyebabkan pegawai lantikan kontrak (yang tidak disandarkan atas jawatan sebelum ini) perlu mengisi perjawatan tetap mengikut waran perjawatan berkuat kuasa.

“Berikutan pelaksanaan urusan itu, KKM menjangkakan berlaku kekurangan pegawai buat sementara di fasiliti kesihatan tertentu.

“Justeru, KKM telah menyediakan langkah penyelesaian bagi menangani isu tersebut antaranya menempatkan secara berperingkat pegawai perubatan menamatkan latihan siswazah ke fasiliti berkenaan mulai Julai 2023,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Dr. Zaliha berkata, seramai 4,914 pegawai perubatan termasuk pergigian dan farmasi lantikan kontrak telah ditawarkan pelantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada tahun ini.

“Bagi memastikan pelaksanaan telus dan saksama, KKM memutuskan kesemua pegawai ditawarkan pelantikan tetap membuat pemilihan penempatan bertugas menerusi aplikasi eHousemen, eDentist dan ePharmacist.

“Pegawai pergigian dan farmasi dibenarkan membuat pemilihan penempatan bertugas menerusi aplikasi eDentist dan ePharmacist mulai 6 hingga 8 Jun 2023.

“Pegawai perubatan pula membuat pemilihan penempatan secara berperingkat melalui aplikasi eHousemen dan mengikut lima fasa pelaksanaan mulai 9 Jun 2023,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI