fbpx

Dua termasuk budak 3 tahun maut nahas di Jelebu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua maut termasuk kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun selepas terbabit dalam nahas dua buah kenderaan di Kilometer 19, Jalan Seremban - Simpang Pertang, dekat Bukit Tangga, di sini, malam semalam. - Foto POLIS

JELEBU – Dua termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 19, Jalan Seremban-Simpang Pertang, Bukit Tangga, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, kedua-dua mangsa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jelebu.

Siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki sebuah keluarga dari arah Seremban ke Kuala Klawang hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan penunggang motosikal yang datang dari arah Kuala Klawang menghala ke Seremban.

“Akibat kemalangan tersebut, salah seorang penumpang kereta iaitu kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dan penunggang motosikal berusia 48 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

“Bedah siasat akan dijalankan pada pagi ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Polis memohon kerjasama mana-mana individu yang mempunyai maklumat supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Daerah Jelebu, Inspektor Nurshazleen Miswan di talian 019-7805252. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI