fbpx

Ribut petir di 10 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk  itu dijangka melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Kedah antaranya di Langkawi dan Kuala Muda, Perak (Matang dan Selama), manakala di Kelantan melibatkan Jeli dan Gua Musang.

“Pahang pula membabitkan Lipis dan Raub, sementara di Selangor hujan hanya tertumpu bagi kawasan Hulu Selangor,” katanya hari ini.

MetMalaysia berkata, amaran sama turut dikeluarkan bagi Mersing dan Kota Tinggi di Johor selain Miri dan Limbang di Sarawak.

Tambahnya, cuaca buruk di Sabah hanya melibatkan kawasan Pantai Barat, Sandakan dan Kudat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI