fbpx

Narsisistik, gangguan personaliti yang perlu dielak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian PHM tentang ciri-ciri personaliti narsisistik.

PETALING JAYA- Sifat narsisistik adalah sejenis gangguan personaliti yang perlu dielakkan kerana mengganggu personaliti seseorang kerana cenderung mementingkan diri sendiri.

Menurut perkongsian Public Health Malaysia di laman Facebook, personaliti narsisistik adalah sejenis gangguan personaliti di mana seseorang individu itu mempunyai rasa kepentingan terhadap diri sendiri.

“Mereka mahukan perhatian yang mendalam terhadap diri sendiri selain kurang berasa empati terhadap diri orang lain,” katanya.

Tambahnya, individu yang mempunyai personaliti narsisisitik lebih sukar untuk bersosial dan menjalinkan hubungan baik dengan persekitaran.

“Kehadiran individu yang bersifat narsisistik sering menyebabkan masalah dalam hubungan di tempat kerja, rakan sekerja, pasangan dan ahli keluarga.

“Antara kesan mempunyai sifat ini orang lain mudah menjauh, mudah mendapat tekanan atau keresahan dan mempunyai masalah di tempat kerja.

“Orang ramai boleh dapatkan bantuan dan rujukan segera di pihak yang selayaknya jika terdapat ciri-ciri memiliki gangguan personaliti ini,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI