fbpx

Lelaki maut, motosikal terbakar bertembung Proton Wira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa yang terbakar dalam kejadian di Simpang Perani, Jalan Aping Waha, Kota Tinggi, malam semalam.

KOTA TINGGI – Seorang lelaki maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah Proton Wira sehingga menyebabkan motosikal ditunggang terbakar dalam kejadian di Simpang Perani, Jalan Aping Waha, Kota Tinggi, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.07 malam itu menyebabkan mangsa, Mohd. Azizi Muhamed, 41 meninggal dunia akibat cedera parah dialami.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP), Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Ismail A. Bakar berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kebakaran motosikal itu melalui talian Mers999.

“Kebakaran melibatkan sebuah motosikal telah musnah 90 peratus selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Proton Wira dan seorang lelaki dewasa disahkan meninggal dunia akibat kemalangan, bukan disebabkan kebakaran, ” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI