fbpx

KRM rehatkan jurulatih Bungaraya 7s

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. ZAKI (kanan) menjelaskan, kekosongan jurulatih 7's negara akan diisi dengan jurulatih baharu dalam tempoh terdekat.

KESATUAN Ragbi Malaysia (KRM) membuat keputusan merehatkan jurulatih 7 sebelah negara (7s), Ahmad Fadzlee Ahmad Idriss berikutan keputusan kurang memberangsangkan sewaktu Kejohanan Siri Ragbi Asia di Singapura dan Thailand.

Naib Presiden KRM, Mohd. Zaki Shahran berkata, kekosongan itu akan diisi dengan jurulatih baharu dalam tempoh terdekat ini memandangkan skuad negara perlu melakukan persiapan menjelang temasya Sukan Asia Hangzhou, China pada September depan.

Ahmad Fadzlee mengambil alih skuad ragbi 7s negara pada Mac lalu bagi menggantikan tempat Mohd. Saizul Hafifi Mohd Noor yang meletakkan jawatan pada penghujung tahun lalu selepas kontraknya yang berakhir 31 Disember 2022, tidak disambung.

“Ketika ini pembentukan pemain dalam keadaan baik dan latihan di adakan pada setiap hari. Buat sementara itu, jurulatih Ahmad Fadzlee direhatkan sementara. Keputusan itu diambil berikutan prestasi kurang memberangsangkan

“Oleh itu, buat sementara ini, penolong jurulatih iaitu Nik Mohd. Shahiddan Mohd. Zain akan mengambil alih sementara tugas tersebut sebelum pelantikan jurulatih baharu dibuat,” kata Mohd. Zaki ketika ditemui pada Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Atlet ke Temasya Sukan Asia 2022 di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) semalam.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai sasaran di Sukan Asia, Mohd. Zaki mendedahkan KRM mahu menamatkan saingan sebagai negara Asia keempat terbaik keseluruhan.

“Sewaktu di Sukan Asia Jakarta, pasukan telah buktikan bahawa skuad negara menamatkan saingan tempat kelima terbaik. Jadi, KRM meleakkan sasaran pada edisi kali ini mahu menamatkan perlawanan keseluruhan tangga keempat terbaik.

“Sasaran ini realistik memandangkan Sri Lanka tidak akan mengambil bahagian selepas digantung daripada keahlian Ragbi Dunia berkuat kuasa serta-merta tahun ini. Jadi, ini peluang skuad negara untuk bermain dengan baik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI