fbpx

Sindiket penipuan panggilan telefon catat kerugian RM5.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fisol

ALOR SETAR – Jumlah kes membabitkan sindiket penipuan panggilan telefon (phone scam) di negeri ini meningkat 25 peratus dengan 125 kertas siasatan dibuka antara Januari hingga Mei lalu berbanding 100 kes dalam tempoh sama, tahun lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh memberitahu, kerugian yang dicatatkan dalam tempoh tersebut juga meningkat kepada RM5.2 juta berbanding RM2.2 juta tahun lepas.

Katanya, kadar kes jenayah komersial terutama kes penipuan yang semakin meningkat di negara ini amat membimbangkan.

“Antara kes yang semakin meningkat di kontinjen Kedah adalah yang melibatkan modus operandi phone scam. Peningkatan kes sebanyak 25 peratus dan jumlah kerugian dua kali ganda berbanding tahun lalu harus diambil langkah lebih efektif untuk menyedarkan serta mendedahkan orang ramai tentang modus operandi terkini dilakukan sindiket penipuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menjawab panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali dan tidak menekan mana-mana pautan sama ada diterima melalui mesej, media sosial dan e-mel. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI