fbpx

PRN: Peruntuk sekurang-kurangnya satu kerusi buat MCA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SUNGAI PETANI – Pemuda MCA di negeri ini meminta agar parti itu tidak dipinggirkan dengan memperuntukan sekurang-kurangnya satu kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Ketua Pemuda MCA Bahagian Sungai Petani, Choo Tai Jie berkata, sebagai rakan komponen Barisan Nasional (BN) adalah wajar parti tersebut diberikan kerusi untuk ditandingi.

“Atas semangat konsep Kerajaan Perpaduan, semua parti termasuk MCA dan MIC harus diberi peluang untuk meletakkan calonnya walaupun gagal memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya umum (PRU) lepas,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, BN dan Pakatan Harapan (PH) akan menghadapi cabaran yang besar pada PRN kali ini, justeru semangat kerjasama harus dipupuk dalam kalangan parti terlibat.

“Ini akan menaikan semangat semua ahli dalam parti Kerajaan Perpaduan,” ujarnya.

Menurutnya, rundingan dan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) harus diselesaikan lebih awal bagi membolehkan parti memfokuskan isu rakyat dan ekonomi negara.

“MCA bersiap sedia untuk menghadapi PRN akan datang. Sekiranya MCA diberi mandat untuk bertanding, saya percaya MCA akan cuba sedaya upaya untuk mempertahankan kerusi DUN tersebut,” katanya.

Pada PRU lepas, MCA kalah di kerusi Parlimen Alor Setar sementara calon MIC di Padang Serai menarik diri selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Sementara pada peringkat DUN bagi PRU18, MCA tewas di kerusi Kota Darul Aman, Gurun, Kulim dan Bakar Arang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI