fbpx

Pembaharuan lesen KL Madani dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan lesen KL Madani yang dijadualkan tamat pada 30 Jun ini akan dilanjutkan bermula 1 Julai ini.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, lesen KL Madani yang sebelum ini dikenali dengan nama lesen KL Prihatin diberi nafas baru dan dijenamakan semula sejajar dengan matlamat Malaysia Madani.

“Bagi memperkasakan peniaga dan penjaja kecil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ia dilanjutkan bagi pembaharuan lesen sahaja untuk setiap enam bulan secara berterusan mulai 1 Julai nanti.

“Kadar bagi pembaharuan lesen ialah RM20 bagi fi lesen dan RM30 sebulan bagi caj perkhidmatan selaras dengan tempoh dan kadar lesen sementara yang ada.

“Pemegang lesen KL Madani yang akan tamat tempoh lesen, dikehendaki memperbaharui lesen secara dalam talian melalui portal https://elesen.dbkl.gov.my,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, DBKL mengingatkan peniaga yang menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah, lesen tamat tempoh dan tidak mematuhi atau melanggar syarat-syarat lesen seperti yang telah dinyatakan secara jelas di dalam lesen akan dikenakan tindakan penguatkuasaan dan lesen tersebut boleh dibatalkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI