fbpx

Hujan lebat di lima negeri sehingga pukul 5 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka melibatkan beberapa negeri iaitu, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah.

“Perak di Larut, Matang dan Selama, Kelantan di Gua Musang, Pahang antaranya di Kuantan, Pekan dan Rompin. Selangor di Klang, Gombak dan Petaling, manakala Sabah di Pedalaman, Pantai Barat dan Sandakan,” kata kenyataan itu.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kuala Lumpur.

Kata MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI