fbpx

[VIDEO] Dua lelaki Singapura mengamuk ditegur isi minyak dalam tong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH seorang lelaki dipercayai warga Singapore yang berang selepas ditegur mengisi minyak ke dalam tong di Iskandar Puteri, Johor Bahru malam semalam.

JOHOR BAHRU – Tular sebuah video menunjukkan dua lelaki dipercayai warga Singapura bergaduh dengan seorang penghantar makanan di sebuah stesen minyak di sekitar Iskandar Puteri dekat sini malam semalam.

Difahamkan, kedua-dua lelaki Singapura itu bertindak berang setelah ditegur penghantar makanan terbabit ketika cuba mengisi minyak menggunakan tong.

Video berdurasi satu minit 40 saat itu dikongsi pengguna akaun TikTok @matkibol dilihat lebih 800,000 pengguna laman sosial terbabit.

Menerusi rakaman video pendek itu turut menunjukkan dua anggota polis bantuan dilihat cuba menenangkan keadaan.

Salah seorang daripada lelaki itu juga bertindak membuka bahagian belakang kenderaan utiliti sukan (SUV) sebelum mengeluarkan disyaki sebatang pengunci streng dipercayai cuba melakukan provokasi kepada rider berkenaan.

Polis bantuan berkenaan meminta kad pengenalan rider berkenaan sebelum kedua-dua lelaki itu cuba menyerang rider sekali lagi.

Kosmo! sedang mendapatkan situasi lanjut berkaitan video tular berkenaan dengan pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

@matkibot #singaporespoilmalaysia #malaysiapeace #jocelynchia #grabrider #durian #foodpandariders #grabrider #singporerude #therud #whyyousoobsessedwithme ♬ original sound – matkibot

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI