fbpx

Dewan Negara: Mindef pantau elak kes ceroboh ruang udara berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Pertahanan (Mindef) menegaskan telah melakukan tindakan berkala bagi mengelakkan isu pencerobohan ruang udara berulang.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, berkata, beberapa proses atau prosedur seperti pintasan udara akan dilakukan jika berlaku perkara seumpamanya.

“Antara yang dilakukan adalah komunikasi dengan penceroboh dan dalam masa sama kita juga mempunyai beberapa prosedur untuk lakukan penerbangan pintasan.

“Udara, darat atau laut, sempadan kita memang jadi keutamaan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Senator Datuk Noraini Idris mengenai usaha kementerian dalam memastikan isu pencerobohan udara negara tidak lagi berulang.

Pada tahun 2021 lalu, media melaporkan bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebanyak 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) menghampiri ruang udara Malaysia.

Kehadiran pesawat-pesawat PLAAF tersebut telah dikesan oleh radar pertahanan udara TUDM di Pusat Pertahanan Udara (CRC 2), di Sarawak.

Sekali lagi pada tahun 2022 lalu, sebuah pesawat pengangkut taktikal dari China didakwa memasuki ruang udara negara.

Melalui laporan Twitter Informasi Tempur berkata, pesawat pengangkut taktikal jenis Xian Y-20 dari negara China itu telah memasuki ruang udara Malaysia pada 9 Februari 2022. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI