fbpx

Ada hubungan sulit boleh kena pecat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah syarikat China akan membuang pekerjanya yang menjalin hubungan luar nikah atau sedang dalam proses perceraian. - Foto SCMP

BEIJING – Sebuah syarikat China melaksanakan dasar tidak konvensional apabila mengeluarkan amaran bahawa kakitangan yang menjalin hubungan sulit atau dalam proses perceraian boleh dibuang kerja, lapor portal berita News18 semalam.

Notis mengenainya dikeluarkan pada 9 Jun lalu oleh sebuah syarikat berpangkalan di wilayah Zhejiang.

Notis itu secara jelas melarang pekerja yang sudah berkahwin daripada terlibat dalam tingkah laku yang dianggap memudaratkan seperti hubungan sulit.

Mengulas mengenai kesahihan larangan itu, peguam Chen Dong daripada Firma Undang-undang V&T menyatakan, Undang-Undang Kontrak Buruh menyebut bahawa pekerja hanya boleh diberhentikan jika gagal memenuhi tugas atau keupayaan mereka tidak lagi memenuhi keperluan syarikat.

Beliau menambah, walaupun sesebuah syarikat menambah hubungan sulit sebagai larangan dalam manual pekerjanya, pemberhentian atas alasan sedemikian boleh dicabar di mahkamah, lapor Wion News. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI