fbpx

Tiada kera ditembak semasa dalam perangkap – Perhilitan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Tindakan penangkapan kera yang mengancam keselamatan penduduk Apartment Sunway Batu Caves mematuhi peruntukan undang-undang dan haiwan itu tidak ditembak dalam perangkap.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Dennis Ten Choon Yung berkata, sebaliknya hanya melaksanakan prosedur suntikan pelalian bagi menidurkan sebelum melakukan proses pemindahan.

Katanya, tindakan pengurusan kawalan konflik kera itu berdasarkan aduan kacau ganggu kera yang mengakibatkan kerosakan harta benda dan ancaman keselamatan kepada penduduk setempat.

“Perhilitan bekerjasama dengan penduduk melalui Joint Management Committee (JMC) apartment itu bagi melaksanakan pemasangan perangkap komuniti dalam usaha mengawal populasi kera konflik.

“Selepas mendapat maklumat kera memasuki perangkap daripada JMC, kami segera mengambilnya bagi mengelak mati dan tidak akan meninggalkan bangkai di lokasi aduan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau memberitahu, laporan sebuah portal mengenai isu itu menimbulkan salah faham dan sentimen negatif orang awam terhadap tindakan jabatan tersebut.

Tambah Dennis, kakitangan Perhilitan adalah terlatih dalam pengendalian senjata api yang bertujuan melindungi keselamatan daripada serangan kera jantan atau ganas di luar perangkap ketika proses pengambilan.

“Kami telah mempertimbangkan lokasi, jenis gangguan dan tahap keseriusan aduan di lokasi itu dan tiada sebarang unsur kekasaran dan kezaliman dilakukan seperti yang dilaporkan.

“Jabatan menafikan sekerasnya kesemua tuduhan itu dan kakitangan Perhilitan telah menjalankan tugas berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.

Tambah Choon Yung, tindakan pengurusan kawalan konflik kera itu mematuhi peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI