fbpx

Tetamu panik, lembu ‘serbu’ majlis kenduri kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memperlihatkan lembu tersebut makan makanan tetamu yang hadir di majlis itu.

PETALING JAYA – Kecoh baru-baru ini apabila beberapa ekor lembu menceroboh sebuah majlis kenduri kahwin yang dihadiri ramai tetamu jemputan.

Menerusi rakaman video Aditt yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya memaparkan keadaan menjadi tidak keruan apabila lembu-lembu tersebut tiba-tiba datang dan makan makanan yang ada di pinggan tetamu di atas meja.

“Kecoh! sapi tiba-tiba datang ke majlis kahwin,” tulis pemilik di kapsyen.

Video itu juga memperlihatkan orang ramai ketakutan sehingga ramai yang bangun daripada tempat duduk masing-masing sambil menjerit-jerit panik.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai berseloroh kerana terhibur melihat suasana yang terjadi di kenduri tuan rumah.

“Jangan lah takut, dia pun mahu makan kenduri,” seloroh Minong.

“Lembu pun dijemput ya, bagus sungguh tuan rumah ni,” komen Jalizaosman.

“Aduhai terhibur lah, semoga murah rezeki tuan rumah, semua dia jemput,” komen Raden.

Video mendapat 194,400 tontonan, 3124 tanda suka dan 1435 perkongsiaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI