fbpx

Tamannaah, Vijay ‘mabuk’ bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tamannaah Bhatia anggap hubungan dengan Vijay Varma tidak perlu disembunyikan.

TIDAK berselindung menjalin cinta lokasi dengan teman gandingan, Tamannaah Bhatia anggap hubungan dengan Vijay Varma sebagai sesuatu yang tidak perlu disembunyikan.

Kata pelakon Lust Stories 2 itu, masing-masing masih solo yang membuatkannya tidak takut mendedahkan kisah keintiman mereka.

“Semua ini tidak dirancang, cinta kami tercetus secara semula jadi dan tidak mengganggu tugas kami sepanjang menjayakan penggambaran filem ini.

“Daripada membiarkan orang ramai terus berkata-kata dan mengecam, lebih baik kami berterus terang sahaja tentang hubungan ini,” katanya.

Terdahulu, tular video Tamannaah dan Vijay sedang berkucupan ketika menghadiri sebuah pesta keramaian di Goa, selain kerap dilihat berdua-dua di Mumbai.

Enggan lagi menyembunyikan status sebenar, akui aktres itu mereka hanya melalui hubungan ini seperti pasangan kekasih yang lain tanpa memberikan sebarang tekanan kepada diri sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI