fbpx

Akta khas cegah amalan ‘ali baba’ bakal digubal – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi

PUTRAJAYA – Kementerian Ekonomi bakal memperkenalkan satu undang-undang khusus bagi membanteras amalan ‘ali baba’ dalam kalangan usahawan.

Menterinya, Rafizi Ramli berkata, pihaknya sedia mempertimbangkan untuk membawa isu tersebut ke Parlimen agar ia dapat digubal secara spesifik dalam bentuk Akta baharu.

“Memang kementerian saya ada kenal pasti masalah ini yang sebenarnya boleh dianggap semacam jenayah rasuah tetapi gejala begini kian berleluasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai sesi libat urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 peringkat Wilayah Persekutuan dengan pelbagai agensi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rafizi memberi jaminan bahawa pihak kementerian akan membawa isu ‘ali baba’ pada sesi mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada 11 Julai depan.

“InshaAllah saya sedang meneliti segala input yang diterima daripada pelbagai pihak dan berharap siri perbincangan sebegini dapat dijadikan sebagai Akta khusus,” ujarnya.

Setakat ini ujar beliau, pelaku ‘ali baba’ hanya boleh disiasat dan didakwa mengikut Kanun Keseksaan kerana sukar dibuktikan sebagai kesalahan rasuah.

Keadaan itu mengakibatkan ada pihak tidak bertanggungjawab yang bebas menyewa lesen perniagaan kepada warga asing malah menjadikan perniagaan dengan meraih keuntungan besar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI