fbpx

Tiga anggota polis diarah bela diri rasuah ketika PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Tiga anggota polis diarah membela diri oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mengambil rasuah RM2,000 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dua tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap Lans Koperal Mohamad Taufiq Abdul Aziz, 33, Konstabel Mohamad Fazli Nordin, 30 dan Konstabel Shahrul Norhan Sirhan, 28.

“Seramai 13 saksi telah dipanggil bersama sejumlah eksibit telah dikemukakan. Setelah menelitinya, saya dapati dakwaan bahawa tuduhan menerima suapan berjumlah RM 2,000 adalah konsisten,” katanya.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan tarikh 29 September, 9 Oktober, 28 hingga 30 November sebagai tarikh sesi pembelaan.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh secara bersama telah menerima wang tunai berjumlah RM2,000 daripada seorang lelaki berusia 37 tahun.

Ini sebagai dorongan untuk tidak melaporkan kesalahan dilakukan iaitu menjalankan aktiviti tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP dan perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Jalan Kebun, Seksyen 30, di sini pada 25 Jun 2021.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muaz Ahmad Khairuddin dan pegawai pendakwa Mohd. Aliff Shaharuzaman. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI