fbpx

Nahas LPT2: Budak 8 tahun jadi yatim piatu sekelip kata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Proton Saga dinaiki Zahidah Hanisah dan keluarganya yang terlibat dalam kemalangan di KM 267.1, LPT 2 berhampiran R&R Perasing, Kemaman petang kelmarin.

KEMAMAN – Seorang budak lelaki berusia lapan tahun menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa dan adik perempuannya maut dalam kemalangan di Kilometer 267.1, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Perasing di sini kelmarin.

Muhamad Uwais Wafiuddin Mohd. Riduan, 8, kehilangan ibu bapanya, Zahidah Hanisah Mohamad, 35, dan Mohd. Riduan Mohd. Yaacob, 35, yang maut di lokasi kejadian pada pukul 4 petang.
Adik bongsunya, Raudhatul Khayra, 3, pula meninggal dunia selepas 17 jam bertarung nyawa di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Pahang, pada pukul 9.30 pagi semalam.

Kemalangan itu berlaku selepas kereta Proton Saga dipandu Mohd. Riduan dikatakan tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas merempuh penghadang kiri jalan di lokasi kejadian.

Impak pelanggaran itu menyebabkan kereta dinaiki mereka terseret sejauh kira-kira 33 meter sebelum melanggar pembahagi lebuh raya lalu terbalik.

GAMBAR kenangan Zahidah Hanisah dan Mohd. Riduan

Ibu kepada Zahidah Hanisah yang mahu dikenali sebagai Cikgu Jah, 60-an berkata, dia tidak sangka kehilangan tiga insan tersayang sekali gus sekelip mata.

“Hati saya lebih luluh me­ngenangkan nasib Muhamad Uwais Wafiuddin yang masih kecil tanpa ibu, ayah dan adik bongsu.

“Insya-Allah, saya akan jaga amanah membesarkan cucu lelaki saya ini selagi hayat dikandung badan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Cikgu Jah berkata, dia sememangnya menjaga Muhammad Uwais Wafiuddin sewaktu ibu bapanya keluar bekerja sebelum ini.

Dalam pada itu, dia membe­ritahu, sebelum kejadian, Zahidah Hanisah dan anak-anaknya menemani Mohd. Riduan untuk mendapatkan rawatan kaki di sebuah pusat perubatan di Kuantan.

“Dua hari sebelum kemala­ngan, arwah Zahidah Hanisah sempat menunaikan permintaan saya untuk menikmati sate.

“Dia memang jenis anak yang tidak pernah menghampakan permintaan ibu. Tidak sangka sate itu juadah terakhir yang kami nikmati bersama,” katanya.

Cikgu Jah berkata, jenazah tiga beranak tersebut dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sekati, Kuala Terengganu pada pukul 5 petang semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI