fbpx

[KEMASKINI] Ibu tegur anak bising punca maut kena kapak, dikelar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MUAR – Berang ditegur kerana membuat bising, seorang lelaki sanggup bertindak kejam memukul ibunya sendiri menggunakan kapak serta pisau sehingga maut dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Temiang Utama, di sini malam semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8.20 malam itu, mangsa yang berusia 73 tahun meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher serta kepala.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, Kejadian berlaku dipercayai akibat tindakan mangsa menegur suspek kerana membuat bising, menyebabkan suspek mengamuk dan memukul kepala mangsa menggunakan senjata tajam.

“Pihak polis menerima panggilan kira-kira pukul 8.20 malam mengenai kejadian pergaduhan keluarga menggunakan senjata tajam. Siasatan awal pihak polis mendapati mangsa warga tempatan berusia 73 tahun terbunuh di tempat kejadian.

“Mangsa dipercayai adalah ibu mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta leher. Polis turut menahan anak mangsa berusia 47 tahun di lokasi kejadian,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Raiz Mukhliz, pihaknya turut dirampas sebilah pisau dapur serta kapak yang disyaki senjata yang
digunakan dalam kejadian ini dan siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod psikiatrik.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI