fbpx

EnrichMoney perkenal penambahbaikan, ciri baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PHILIP (dua dari kiri) pada majlis pelancaran hari ini.

KUALA LUMPUR – EnrichMoney, yang merupakan aplikasi e-dompet pelbagai mata wang yang disertakan bersama kad prabayar Visa oleh program kesetiaan dan gaya hidup Malaysia Airlines, Enrich memperkenalkan beberapa penambahbaikan serta ciri baharu buat penggunanya.

Dikuasakan oleh Merchantrade, EnrichMoney berfungsi sebagai teman pengembaraan dan diterima oleh lebih 430,000 peniaga Visa di Malaysia dan 80 juta peniaga Visa di seluruh dunia.

Pemegang kad tersebut juga beroleh akses kepada sehingga 20 mata wang global, mendapat mata EnrichMoney dengan berbelanja dan boleh menebus mata berkenaan untuk pulangan tunai.

Melalui tab Travel Exclusives pada aplikasi, selain daripada penerbangan dan penginapan hotel, pemegang kad kini boleh menempah lawatan serta aktiviti melalui Enrich Xperience, tawaran terkini di bawah rangkaian produk Enrich.

Selain itu, pemegang kad juga boleh melihat ke hadapan untuk pengenalan lebih banyak ciri baharu seperti geolokasi berbilang mata wang, penambahan DuitNow untuk transaksi lancar serta servis pinjaman untuk pembiayaan jangka pendek.

Ketua Pegawai Eksekutif Penyelesaian Pengembaraan dan Kesetiaan Malaysia Aviation Group, Philip See berkata, sejak pelancarannya pada Mac lalu, EnrichMoney telah menerima sambutan baik pelanggan dengan merekodkan sebanyak 10,000 muat turun menerusi App Store atau Google Play Store.

“Perbezaan utama antara EnrichMoney dengan dompet elektronik lain ialah pengguna boleh menukarkan mata Enrich mereka kepada mata EnrichMoney, yang memberi manfaat besar kepada ahli Enrich.

MODEL menunjukkan kad prabayar Visa yang didatangkan bersama EnrichMoney.

“EnrichMoney juga berfungsi sebagai penyelesaian perjalanan yang sempurna untuk mereka yang melancong sama ada untuk perniagaan, menghabiskan masa lapang atau pelajar yang tinggal di luar negara.

“Platform ini turut membolehkan ibu bapa menghantar dana dengan mudah ke e-dompet anak mereka, memastikan akses pantas kepada perbelanjaan yang diperlukan,” katanya pada majlis pelancaran yang diadakan hari ini.

Philip enggan mengulas mengenai jumlah sasaran pelanggan untuk EnrichMoney, namun beliau menjelaskan aplikasi berkenaan memiliki asas pelanggan sasaran yang luas, dengan jumlah ahli Enrich dianggarkan sebanyak tiga juta orang.

Bagi mengalu-alukan pemegang kad baharu, Enrich kini memberikan 1,000 mata bonus Enrich dan akses kepada Golden Lounge secara percuma, manakala untuk menggalakkan perbelanjaan, 1,000 pemegang kad pertama yang melakukan transaksi minimum RM3,000 akan menerima MHGiftcard bernilai RM50.

Tiga pelanggan yang berbelanja paling banyak pula akan memenangi 50,000 mata bonus Enrich, yang bersamaan dengan tiket pergi balik ke Jepun atau Australia. Semua tawaran sah sehingga 31 Julai 2023. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI