fbpx

Dari gagal kepada cemerlang, MK tiup semangat adik Nur Aisyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin baharu, MK berbangga dengan keputusan cemerlang yang diraih seorang calon SPM 2022, Nur Aisyah.

PETALING JAYA – Penyanyi MK K-Clique mengucapkan tahniah kepada seorang pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 bernama Nur Aisyah Muhamad Azuan yang berjaya meraih keputusan ‘zero to hero’.

Nur Aisyah memperolah gred A- (cemerlang) bagi subjek Kimia yang mana sebelumnya pada peperiksaan akhir hanya mendapat 9 peratus.

MK, 27, atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, tiada kejayaan tanpa usaha serta tiada kejayaan tanpa pengorbanan.

Real comeback is possible (tiada yang mustahil).

“Adik Nur Aisyah antara pelajar yang mengikuti pengajian tambahan di Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM, PTTI.

Difahamkan, pada peperiksaan akhir subjek Kimia gagal. Alhamdulillah, berkat usaha dan dibantu dengan tenaga pengajar, dia berjaya memperoleh A-. Bagi saya, ini sesuatu yang cukup membanggakan,” katanya.

MK yang baru sahaja bergelar suami berkata, pencapaian yang diraih Nur Aisyah itu membuktikan usaha itu tangga kejayaan.

“Betul kata orang, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

“Jika kita terus berusaha tanpa mengenal erti jemu, insya-Allah kejayaan itu pasti berpihak kepada kita. Pencapaian diraih adik Nur Aisyah adalah buktinya,” katanya.

MK yang juga Duta PTTI berkata, kejayaan Nur Aisyah diharap menjadi pembakar semangat buat semua pelajar SPM akan datang.

Selain kejayaan mendapat A- bagi subjek Kimia, Nur Aisyah yang juga pelajar dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor juga lulus dengan gred B bagi matapelajaran Matematik Tambahan yang sebelumnya mendapat E.

Secara keseluruhan, Nur Aisyah mendapat 7A dan 4B.

MK juga berkongsi, pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki SPM 2023 boleh mendapatkan buku percuma SPM eksklusif dsripada PTTI dengan menghubungi mereka secara DM (direct message) Instagram.

Terdahulu, MK selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, di Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang, di sini, pada Jumaat lalu.

Kemudian, pasangan itu diraikan pada majlis resepsi dalam suasana penuh romantis yang dihadiri keluarga kedua belah pihak, kenalan rapat, rakan artis dan sanak-saudara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI