fbpx

Acryl Sani bersara awal sebagai Ketua Polis Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dijangka akan menamatkan kontraknya lebih awal iaitu pada Julai ini.

Acryl yang sebelum ini bersara wajib pada 2021 telah dilanjutkan perkhidmatannya dengan ditawarkan kontrak selama dua tahun yang sepatutnya berakhir pada 3 Oktober 2023.

Difahamkan beliau akan mengundurkan diri dari pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada minggu pertama Julai ini.

Dalam pada itu, media turut melaporkan keputusan itu dibuat disebabkan beliau mendapat tawaran luar (luar pasukan PDRM) dan perlu diterima tawaran oleh pihaknya.

Bagaimanapun Acryl Sani tidak memberi butiran lanjut mengenai tawaran diterimanya sebaik menamatkan tugas sebagai Ketua Polis Negara.

Desas desus berhubung jawatan tersebut, media melaporkan Acryl bakal dilantik menerajui sebuah syarikat perbankan milik kerajaan dalam masa terdekat.

Terdahulu, khabar angin melaporkan Acryl Sani melepaskan jawatan itu tersebar selepas mendapat perkhabaran istiadat paluan berundur beliau akan diadakan dalam masa terdekat.

Langkah Acryl Sani untuk bersara lebih awal dapat dilihat apabila juruiring rasminya sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields.

Setakat ini nama bakal pengganti Acryl Sani belum dapat dipastikan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI