fbpx

[VIDEO] 6,000 serbu temu duga Tesla, ramai kecewa kena ‘sidai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular pencari kerja membanjiri temu duga terbuka oleh Tesla di Cyberjaya, semalam.

PETALING JAYA – Temu duga terbuka yang dijalankan oleh syarikat kenderaan elektrik (EV) ternama, Tesla, diserbu hampir 6,000 orang pencari kerja, petang semalam.

Menurut video tular di laman Twitter, orang ramai mula beratur seawal jam 10 pagi untuk menghadiri temu duga yang dijadualkan bermula pada pukul 12 tengah hari.

Difahamkan, temu duga ini dijalankan di pejabat Cyberview Sdn. Bhd. yang terletak di Persiaran Apec, Cyberjaya.

Bagaimanapun, ramai yang menyuarakan rasa kecewa kerana temu duga yang dijadualkan berakhir pada pukul empat petang itu ditutup satu jam lebih awal disebabkan jumlah kehadiran yang terlalu tinggi.

Menurut tinjauan di ruangan komen, rata-ratanya terpaksa tinggalkan resume dan tidak berpeluang untuk menjalani temu duga secara berhadapan.

“Sampai sahaja di pejabat Tesla tadi, saya ‘drop’ sahaja resume. Tidak boleh buat apa-apa sebab terlalu ramai orang yang datang,” kata seorang pengguna Twitter.

“Orang masih ramai beratur, tetapi temu duga ditutup pada pukul 3 petang. Ada yang sanggup datang dari luar Lembah Klang, tetapi terpaksa balik dengan kecewa,” kata Imran pula.

Tidak ketinggalan, ada juga yang tidak bersetuju apabila syarikat besar seperti Tesla melalukan sesi temu duga secara ‘walk-in’.

“Sebenarnya, rugi sahaja hadir temu duga secara ‘walk-in’. Orang yang datang terlalu ramai, tetapi tidak ada latar belakang yang bersesuaian dengan kerja yang diiklankan.

“Mungkin lebih baik jika dijalankan temu duga secara atas talian untuk memudahkan semua pihak,” komen seorang pengguna.

Difahamkan, lima jawatan kosong dibuka kepada orang awam iaitu penasihat jualan, penasihat jualan perusahaan, penasihat penghantaran, pakar sokongan pelanggan dan penasihat perkhidmatan. – KOSMO! ONLINE

@dxnishaimxn TESLA OPEN INTERVIEW TODAY / 17 JUNE 2023 // The queue was insane!! 🤯🤯🤯@Tesla Motors #tesla #fyp #xyzbca ♬ Situasi – Bunkface

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI