fbpx

Taman tema terbesar Harry Potter dibuka di Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengunjung memakai jubah seperti dalam filem Harry Potter di pintu masuk taman tema Warner Bros. Studio Tour Tokyo - The Making of Harry Potter di Tokyo, kelmarin. - AFP

TOKYO – Taman tema tertutup Harry Potter yang terbesar di dunia kini dibuka di Tokyo, Jepun dengan mengalu-alukan peminat yang ingin menyelami dunia fantasi daripada siri filem dan novel terkenal itu, lapor akhbar The Maniachi kelmarin.

Warner Bros. Studio Tour Tokyo – The Making of Harry Potter menampilkan satu set sekolah sihir Hogwarts dan merupakan taman tema kedua berdasarkan siri filem itu selepas yang pertama dibuka di Britain dengan tarikan lebih 17 juta pengunjung sejak 2012.

Seorang pengunjung, Ayaka Murayama, 26, hadir memakai jubah dan membawa tongkat sihir serta salah satu novel Harry Potter karya penulis terkenal, J.K. Rowling.

“Saya peminat tegar (Harry Potter) sejak di bangku sekolah rendah lagi. Saya sangat teruja kerana terdapat lokasi berdekatan di mana saya boleh merasai dunia sihir,” katanya.

Selain tarikan di taman itu, pengunjung juga boleh menikmati minum petang dan pelbagai hidangan dari Britain seperti ikan, kerepek dan daging panggang di restoran disediakan serta minuman yang diilhamkan daripada filem tersebut.

Pengunjung boleh menempah tiket berharga 6,300 yen (RM204) untuk kategori usia 18 tahun ke atas, 5,200 yen (RM169) untuk mereka yang berusia 12 hingga 17 tahun dan 3,800 yen (RM123) untuk kanak-kanak empat hingga 11 tahun.

Taman tema yang terletak di Nerima, Tokyo itu dibina di atas tapak seluas 30,000 meter persegi yang merupakan salah satu taman hiburan terbesar di ibu kota Jepun itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI